Thursday, 16 February 2017

wattpad.

Okay aku baru write up satu cerita baru.
Boleh check kat link profile wattpad aku below:

https://www.wattpad.com/story/99067005

Kalau best bagitau. Kalau tak best pun bagitau.
Takde la syok syok sangat nanti.

Anyway, Enjoy.

Sekian.

Thursday, 9 February 2017

2017

halu 2017!

okay. aku nak start tulis sumthing sempena tahun baru ni. haa. tungguuu.


Friday, 3 July 2015

The Terawih

salam ramadan..

selamat berpuasa..
selamat berbuka..
selamat bertadarus..
selamat berterawih..
selamat berwitir..
dan selamat juga untuk segala ibadah yang bakal dilaksanakan..

since macam dah lama sangat aku tak tulis entry..
dan aku pun dah settle write up proposal aku..
maybe boleh start menulis semula..
slow-slow..

anyway..
since sekarang bulan ramadan..
aku pun secara natural nya..
akan tiba-tiba rajin untuk pergi surau..
dengan harapan segala dosa-dosa sepanjang tahun..
dapat dipadam dalam masa sebulan yang singkat..
which is of course tak make sense..
tapi..

* aku tak tau nak sambung apa sebenarnya.

***

seperti kebiasaan kat surau sini..
after isya imam jemputan ni akan start mengalunkan..
bacaan ayat suci al Quran..
so pada masa yang sama tu juga..
aku pun akan start buka henset..
and main 2048..

Image result for 2048
ini lah 2048 tuuu..

tengah aku ralit main ni..
tiba-tiba ada sorang brader pegang bahu aku..
aku syak dia nak tegur..
jangan main phone dalam surau..
kalau dia tegur camtu tadi..
nescaya aku akan buat muka paling kerek kat dia..
sekali turn-out dia cakap ada orang pengsan kat belakang..
and nak mintak tolong aku angkat..

pas dengar brader tu cakap camtu..
maka aku pun terus bingkas bangun..
untuk mara ke tempat kejadian..
mana boleh dengar orang dalam kesusahan ni..
sekali tengok..
ni bukan orang pengsan ni..
ni orang kene HISTERIA ni..

panik gak aku kejap..
menyesal gak aku tak join short course..
untuk rawatan-rawatan cani..
kalau tak dah boleh jadi hero..
tapi tulah..
nak tolong pun gadis..
kalau lelaki boleh dah aku tolong kawal..
kot kot melompat ke..
pening jugak ni..

tak memasal aku panggil ajk surau..
bagi kasi settle..
sempat gak aku bisik kat pakcik jiran aku..

"pak cik tak nak try azan ke?"
"tak boleh ni man"

aku tak sure kenapa dia cakap tak boleh..
sebab aku bagi idea camtu pun..
based on drama melayu biasa buat camtu..
maybe yang sebenarnye ada cara lain lah agaknya..
yang proper..
tapi in the end pun..
aku pun tak sure apa yang berlaku kat pesakit tu..
harap-harap semua nya baik-baik jelah..
kadang-kadang rasa bersalah gak..
bila tak dapat membantu ni..

aku syak gadis ni stress kerja kot ni..
or probably stress dengan isu harga naik..
yang pelbagai..
kalau boleh nak salahkan setan..
tapi ikut pemahaman..
orang kata bulan puasa kene ikat..

tapi seriusly..
aku doakan semoga pesakit tu kembali pulih semula..
korang yang baca pun doakan gakla ye..
walaupun korang tak kenal..
okay?


p/s: tak pasal aku lewat ke mesyuarat tingkap.

sekian.

Wednesday, 24 December 2014

The 4:15AM

bila dah tak boleh nak tidur..
dan melihat pada ali..
dan bayangkan..
apakah yang akan berlaku..
kalau satu hari nanti aku dah takda..
dengan simpanan pun takda..
macam mana la agaknya..
dia nak lalui hari-hari yang mendatang..
hmm..

hmm..

Sekian.

Wednesday, 15 October 2014

The Akikah I.

Last weekend adalah majlis akikah anak sulung aku..
actually aku pun takde la nak buat cepatt sangat..
tapi sebab abah dah push suruh buat cepat..
so terpaksa la buat gak..
and yang bestnya anak maryam pun keluar on time..
before hari majlis..
so dapat lah disekalikan majlis tu..
so in total ada 4 ekor kambing lah..
yang selamat disemelihkan..


imam yang tolong semelih gak..


tengah ready dengar taklimat..


aku tengah check urat ni.. haa!


aku bagi hitam putih sket sebab tak nak bagi korang nampak darah..


alang-alang dah bayar tu macam nak try la jugak..
kasi satu kali potong kepala..
bukan selalu dapat buat.. 
selama ni pun yelah..
kita semua pun belajar teori je..
tu pun time zaman sekolah..
berapa tahun lepas tah..


dan yang paling penting..
nak kene ada nama la untuk anak yang nak di akikahkan tuhh..
supaya later dapat la diniatkan untuk nama anak tuhh..
part ni pun aku tak ingat gak dulu ada belajar gak..
tapi since dia dah kata gitu..
aku follow jela.. 
disertakan dengan selawat sket..



adik aku pun tolong gak..


gotong royong melapah daging..


tulang..

dan daging..


lokasi ladang kambing ni dekat area nilai..
jalan nak menghala ke labu seremban..
kebetulan owner adalahh pegawai dekat ofis umi..
therefore tak memasal aritu aku kene bangun awal..
sebab dia nak jaga impression dia..
sekali pegawai dia yang sampai lewat..
cehhh...


korang musti ingat harga pasaran..
untuk seekor adalah 400 kan..?
kalau ya memang taklahh..
sebab harga sekarang dah naik dua kali ganda..
actually maybe dah naik lama la kot..
just aku yang tak aware..
kah kah kah..


p/s:
settle gak satu hal..
yeah..

Sekian.



Wednesday, 1 October 2014

The Tahnik.

seperti sedia maklum..
amalan tahnik atau belah mulut..
merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh nabi SAW..
pada hari ketujuh kelahiran bayi..
ini termasuk jugaklah cukup rambut bayi...
and bagi nama..
and so aku pun buat lah juga..
sekadar cukup syarat untuk nak dapatkan pahala tu..
kalau aku silap boleh la mention pada ruangan komen tu ye..
alat-alat untuk tahnik yang kami gunakan..
termasuklah kurma dan air zam zam..


gambar dari ruang udara..


kebetulan hari ketujuh tu pun jatuh pada hari jumaat..
and since hari jumaat tu pun hari bekerja..
so aku just sempat ajak imam kawasan rumah dan wing man dia je..
tu pun sebab depa dah pencen and ada kelapangan..
and terpaksa gak aku belakon ramah sebab depa dah sudi datang..
alahaiii..


konon-konon ramah ni..


and tak lupa gak pada family members yang available time tu..
bagi menyerikan sikit suasana majlis..
dengan mata anak sedara bengkak ..
sebab time tu tengah musim sakit mata..
ahaha..


muklis sakit mata..


belah mulut sket..



and since ini first time jugak..
aku diberi peluang untuk cukur kepala budak..
aku pun buat la bersungguh-sungguh nih..
atleast ada nampak la gak kesungguhan tu kan..
dah bila buat tu pun amik masa..
and perlukan kesabaran dan kosentrasi yang agak tinggi..
campur dengan kepala tak mau duduk diam..
and tambah pulak kepala bayi pun lembut..
nak tekan kuat-kuat time mencukur tu plak kang..
mau tinggal kesan kemek..
pening gak kepala aku nanti..
so again..
aku pun buat gakla sekadar yang mampu je..
kah kah kah..


kesungguhan bermula..


ali cuba meraih simpati..


hasil ala kadar aku kah kah kah..



untuk cukur ni..
aku just guna pisau cukur yang biasa orang guna untuk cukur misai tuh..
nak guna pisau lipat tak reti..
kang makin bukan bukan pulak jadinya..
actually aku saja nak tinggal rambut sikit..
supaya later in future..
dia bolelah tengok balik karya aku yang kreatif ni..
and nak bagi chance kat family lia..
untuk saksikan karya aku masa aku hantar depa balik..
untuk berpantang..
kah kah kah..


rambut yang nak ditimbang tapi tak timbang-timbang lagi..


in the end lia punya kakak sudah bagi settle semua..


p/s:
hari ni sebenarnya aku tengah tunggu boss available..
tapi asyik away je memanjang..
haihh laa..
ada hal mustahak nak dikeutarakan ni..


Sekian.

Tuesday, 30 September 2014

The Ali.


Hari ni genap 30 hari Ali dilahirkan..
Dan aku di sini sedang merindui anak sulung ku ini..
Musti tengah kacau tidur mummy..
Rasa macam semalam aku bercakap dengan dia..
Sewaktu dalam perut..
Dan hari ni dia dah berada di sini..
Dan menyaksikan dia lahir ke dunia..
Tanpa sebarang tangisan..
Dan muka serius..
Membuatkan aku bangga dengan ketibaan mu itu..
Lelaki mana boleh menangis..
Ewahh..





Yup..
Aku la orang yang bertanggungjawab..
Memberi nama Ali ni..
Bukan senang nak convince..
Nama yang superb ni..
Some people would say nama ni sangat old skool..
Some would say syiah..
But for me..
Ia sangat special..
Sbb ia adalah nama..
Untuk kanak kanak yang pertama memeluk Islam..
Tak cukup kewl lagi ke..?




Muka garang macam aku..
Look forward meeting you again son..
And of course lia too..
Missing both of you so much..!


p/s:
musti korang rindu kat post aku yang dah lama tak update kan..
kah kah kah..


Sekian.