Friday, 3 July 2015

The Terawih

salam ramadan..

selamat berpuasa..
selamat berbuka..
selamat bertadarus..
selamat berterawih..
selamat berwitir..
dan selamat juga untuk segala ibadah yang bakal dilaksanakan..

since macam dah lama sangat aku tak tulis entry..
dan aku pun dah settle write up proposal aku..
maybe boleh start menulis semula..
slow-slow..

anyway..
since sekarang bulan ramadan..
aku pun secara natural nya..
akan tiba-tiba rajin untuk pergi surau..
dengan harapan segala dosa-dosa sepanjang tahun..
dapat dipadam dalam masa sebulan yang singkat..
which is of course tak make sense..
tapi..

* aku tak tau nak sambung apa sebenarnya.

***

seperti kebiasaan kat surau sini..
after isya imam jemputan ni akan start mengalunkan..
bacaan ayat suci al Quran..
so pada masa yang sama tu juga..
aku pun akan start buka henset..
and main 2048..

Image result for 2048
ini lah 2048 tuuu..

tengah aku ralit main ni..
tiba-tiba ada sorang brader pegang bahu aku..
aku syak dia nak tegur..
jangan main phone dalam surau..
kalau dia tegur camtu tadi..
nescaya aku akan buat muka paling kerek kat dia..
sekali turn-out dia cakap ada orang pengsan kat belakang..
and nak mintak tolong aku angkat..

pas dengar brader tu cakap camtu..
maka aku pun terus bingkas bangun..
untuk mara ke tempat kejadian..
mana boleh dengar orang dalam kesusahan ni..
sekali tengok..
ni bukan orang pengsan ni..
ni orang kene HISTERIA ni..

panik gak aku kejap..
menyesal gak aku tak join short course..
untuk rawatan-rawatan cani..
kalau tak dah boleh jadi hero..
tapi tulah..
nak tolong pun gadis..
kalau lelaki boleh dah aku tolong kawal..
kot kot melompat ke..
pening jugak ni..

tak memasal aku panggil ajk surau..
bagi kasi settle..
sempat gak aku bisik kat pakcik jiran aku..

"pak cik tak nak try azan ke?"
"tak boleh ni man"

aku tak sure kenapa dia cakap tak boleh..
sebab aku bagi idea camtu pun..
based on drama melayu biasa buat camtu..
maybe yang sebenarnye ada cara lain lah agaknya..
yang proper..
tapi in the end pun..
aku pun tak sure apa yang berlaku kat pesakit tu..
harap-harap semua nya baik-baik jelah..
kadang-kadang rasa bersalah gak..
bila tak dapat membantu ni..

aku syak gadis ni stress kerja kot ni..
or probably stress dengan isu harga naik..
yang pelbagai..
kalau boleh nak salahkan setan..
tapi ikut pemahaman..
orang kata bulan puasa kene ikat..

tapi seriusly..
aku doakan semoga pesakit tu kembali pulih semula..
korang yang baca pun doakan gakla ye..
walaupun korang tak kenal..
okay?


p/s: tak pasal aku lewat ke mesyuarat tingkap.

sekian.

No comments:

Post a Comment