Friday, 28 February 2014

The Month of 28 Days.

hari ni aku rasa macam bangun lewat gila..
maybe semalam bersungguh marathon series happy endings..
and maybe tak semangat pasal increment dah tau takda..

boss ajak 1 to 1 hari ni pun aku tolak mentah-mentah je..
siap proposed ke boss untuk for the next two weeks to come..
gila kerek..
adehh..

lantaklaa..
and so tadi bangun-bangun dan straight away standby untuk meeting je pagi tadi..


cadangnya nak pergi klinik kesihatan untuk update pekembangan budak..
and also buat buku merah..
bukan buku merah pasport..
takyah noob sangat..
siap nak nyanyi..
buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempohhh..
ohhh..
ohhh..
ni buku pekembangan bayi apebenda tah..
hahaha..


kali ni..
aku bagi chance kat lia untuk pergi sorang je..
bagi dia berdikari sikit..
dah nak jadi mak kot pasni..
but turn out hari ni diorang tak buat check untuk ibu-ibu..
so kene tunggu isnin la pulak kali ni..

adehh..

owh..
hari ni pay day..
ingat nak pergi mines beli controller ps3..
alih-alih..
nahh kau..
terbeli pulak GTAV..
ini lah problemnya kalau keluar duit lebih ni..
adehh..
but at the same time..
game ni memang target lama dah ni..
sebelum kahwin gak kot..
aku plan dulu nak buat game ni hantaran je..
senang kawtim kan aku ni..
hahaha..
tapi lia tak setuju..
so takpela..



game yang dinanti-nantikan telah tiba kot.. 
  
bosan gila kalau korang tak pernah main GTA sebelum ni.. 
okay actually aku pun beli lambat gak..
makin malas berkerja la aku pasni..
adehh..

happy weekends..

Sekian.

Thursday, 27 February 2014

The Academic Referee.

first thing first..
pagi-pagi dah pergi upm..
since dah buat appoinment dengan ex-PA time degree dulu..
untuk academic referee..
btw PA aku adalah prof madya rahman limbong..
okay part limbong tu i just made up..
i should stop making fun of people's name..
not kewl..
actually aku just shoot random email kat rahman, syam and bong..
atas nasihat lia la ni..
alih-alih diorang suruh datang amik kat jabatan..

ceh..
email sudehh..

rahman: kamu tak kerja ke hari ni?
*padahal dia yang set appointment. lagi mau tanya. adehh.. 
me: kerja Dr. 
rahman: so kamu keluar kejap ke? 
me: haa.. yes..
*padahal tak sampai lagi ofis. dari rumah teruihh ke jabatan.. adehh.. 
rahman: kerja mana?

dah dah..
aku nak cepat ni..
ada ibu mengandung yang tengah tunggu kat bawah tuu..
yang mana kalau silap timing..
boleh spoil mood bila-bila je..
malas nak tulis perbualan ni..
sedangkan kelas dia pun orang terlelap..
inikan pulak bersembang berdua..
oh tidak..
memang aku cuba end conversation secepat mungkin la pagi tadi..
tapi dulu time belajar kelas dia paling senang nak score..
seayam-ayam dia mengajar..
kalau korang tak score kelas dia..
korang lagi ayam laa..

hahaha..
tapi..
yang penting..
aku just nak cakap dia proud aku nak sambung belajar..
tu je..
ngeh ngeh ngeh..

elok dah sampai ofis..
bukak laptop..
check email..
nahhh..
elok Dr. Syam reply email dah siap isi borang and suruh amek dalam envelope depan bilik dia kat fakulti..
pehhh..
malas gila la nak ulang alik semula..
sejujurnya aku sikit pun tak excited nak kembali ke upm..
4 tahun + 1 tahun buang masa...?

adehh..

kereta ni aku perhati dah 2 hari straight parking macam orang ______....
*boleh isi tempat kosong dengan apa-apa perkataan yang sesuai dengan situasi..

tengahari pulak ada farewell and promotion party si jaren..
bila fikir balik pasal jaren ni nak blah pergi ke team lain ni..

actually dia membuatkan aku berfikir..
and at the same time keliru sama ada this is a good news or bad news for us..
okay..
probably the good news is after this dia takkan ganggu kitorang untuk bekerja dan kemungkinan besar kelibat dia pun kita tak nampak berkeliaran dekat level 4 ni since dia akan pindah ke level 2..
the bad news is team yang dia join ni adalah sebagai orang tengah kepada business untuk submit apa-apa request and kemungkinan besar akan ada dikalangan kami sendiri yang akan deal dengan dia..
adehh..
*geleng kepala..

we will always miss you, incik jaren.. *tahan gelak..

anyway..
lupakan perkara yang tak seronok itu untuk seketika..
and kami pun had our lunch at nyonya village dekat sebelah tasik cyberjaya..
katanya makan bayar asing-asing mula-mula..
ni dah pas makan dan diorang siap tolong bayar kan lagi..
and takda orang mintak untuk claim pun..
aku assume jaren belanje la ni..
lu memang best la camni..
aku wish sama lu all the best..


aku rasa sangat pelik bila aku dah start post gambar makanan ni.. hmm..

and so by the time dkt pkl5..
kene balik segera ni..
since Dr. Syam da siap isi borang referee previously..
aku pun pergi lah semula ke fakulti..
buat cukup syarat and jaga hati..
sekali tengok apa benda lah dia isi ni..
score yang dia bagi macam hampeh je..
kok ye pun tak perlu lah nak berdendam dengan aku..

maybe lah aku pernah drop subjek elektif yang dia pernah ajar dulu..
but then, dah dia bagi gred yang bukan-bukan time fyp aku dulu..
long story short..
score dia bagi kat aku dalam borang tu membuatkan aku nampak tak berapa nak cerdik je..
memang aku takkan lampirkanla dalam referee ni..
hahaha..

sudah.. sudah..

panjang sangat post ni..

p/s:
thanks to Prof Madya Abdul Rahman and Dr Syamsiah sebab sudi lapangkan masa untuk isi kan borang sebagai academic referee..
anda sememangnya best dan fun..
jasamu dikenang.. 
berilmu berbakti kott.. :)

Sekian.




Wednesday, 26 February 2014

The Performance Review

bila dengar tahun ni takde increment..
siapa tak down..
unless kerja malas..
hari-hari datang lewat..
balik awal..
kerja banyak postpone..
banyak incident..
banyak kene escalade dengan manager..
lagi mau complain..
haiyaa...


aku rasa sangat pelik..
bila takde increment ni..
rasa banyak je projek sepanjang tahun yang aku dah launch dengan business..
request untuk develop banyak je..
mustahil gila kot kalau tak untung..
mungkin la aku silap..
dan aku bukan lah dari bidang yang bekenaan kewangan..
tapi still benda ni tak make sense..


apa guna buat performance review..?
apa guna ada performance rate poor, good, average..?
apa guna kerja bersungguh kalau benda yang kita nak kejar tu sebenarnye takda?
apa guna hari-hari aku bergaduh dengan lia balik lewat sebab buat kerja?


ye apa-apa pun..
kerja mustilah ikhlas..
bersungguh-sungguh..
barulah keberkatan itu akan hadir..
tapi kalau benda yang dikejar itu benda yang sememangnya tak wujud..

and samar-samar..
macam mana kita nak enjoy dengan kerja kita?
plus benda-benda macam ni lah yang selalunya boleh bagi moral untuk kita bersungguh..


aku harap benda yang aku cakap ni tak benar la hendaknya.. :(

p/s:
lia, sila guna printer ofis untuk print resume untuk career fair bulan 3 ni..
aku tak pernah claim..
so give and take la..
on-call is totally different thing..
see even kitorang pon ada on-call..
heh.

Sekian.

Tuesday, 25 February 2014

The Stress.

awal-awal lagi aku dah cakap dekat lia..
hari ni aku balik lewat..
banyak gila kerja..
kang dia bosan tunggu mula lah semua serba tak kena..
tapi dia cakap okay je..
yelah sebab nak jumpa kawan kan..
aku pun takkan nak menghalang..
go aheadla..
buat la apa pun..
aku banyak kerja kot..


sian lia penat menunggu aku kat ofis..

but in the end of the day..
balik pun lewat..
semua jadi serba tak kena..
i felt sorry for you..
kesian sangat..
sebab bila sudah merajuk..
hati tak senang..
sendiri lapar..
kenapa la aku ni tak pernah nak pandai memujuk..
i blame myself for this..
adehh..


Sekian.

Monday, 24 February 2014

The Work As Usual.

kerja kerja kerja..
selagi hayat dikandung badan..
selagi tulah kene terus bekerja..
ewah..


semalam punya cerita..
lia mengadu kat mak dia.. 

yang aku tak beli susu kat dia..
puii..
ini semua dusta semata tuh..
siap suruh aku buatkan lagi tuh..

tapi aku kewl jekk..
challenge accepted kott..
adeh..

lia mulut muncung sebab tak sabar nak minum susu yang aku buat.. kahkahkah!

menurut haziqaaah..
amik susu anmum akan buatkan bayi besar dalam kandungan..
ha elok sangat la tuh..
bagi besar, sihat and kuat..
yang nak keluarkannya lia..
bukan aku..
kuikuikui..

nasib baik aku yang power ni tak tersilap beli.. 

tapi yang paling best hari ni sepanjang pergi ofis..
dikala banyak kerja..

elok abes meeting je..
tiba-tiba boss buat surprise..

dia masih tak lupe untuk bagi angpow..
eventhough raya cina dah berlalu..
lu memang best lah boss..!



aku dapat dua sampul kot.. nasib la lia tak datang ngahahaha!!

and now tengah kalut nak cari referee untuk isi referee form..
untuk sambung belajar..

nak isi borang kene ada academic referee..
dah tu masing-masing lecterur tak pernah contact..
adeh..

pening kepala jap..
layan runningman jap laa wehuu~~


Sekian.

Sunday, 23 February 2014

The Sunday.

berat gila mata harini..
tidur lewat smalam melayan bola..!
oii MU menang pagi tadi kot..
semalam punya menang rasa macam menang liga terus aihh..
since season ni susah sangat nak rasa kemenangan..
di atas kemenangan ini..
aku hadiahkan lagu..



kito monang... yaw!!

and seperti sedia maklum..
semalam pergi hantar asri..
nasib baik asri belanja semua benda..
which is kinda rare..
but in a good way..
hahaha..
sampai pukul 12 tuh..
aku kesian kat lia je sebab macam tak larat..
nasib baik around that time gak la kawan dia sampai..
and boleh la nak tinggalkan dia dah..
i might be wrong tapi seingat aku last skali asri datang klia dengan kitorang was masa time nak pergi bangladesh dulu..
that was like 15 years ago..
so aku rasa macam cover balik that time la..
hahaha..



asri nak amik gambar kat luar pulak..


kat dalam pun nak amik.. and so aku layankan saje..


lia pun tak nak ketinggalan juga.. kui kui kui..

but seriusly..
siapa sangka dia boleh pergi amerikaa..
pergi jumpe adik dia amir bolehla..
but then..
itu lah yang dinamakan rezeki..
nak kumpul duit nak beli tiket pon belum tentu akan cukup..
apatah lagi nak pergi inteview untuk apply visa..
seriusly kelakar..
hahaha..
and aku tau by the time kau tengah baca ni..
aku nak sehelai baju amerikaa satu!


petang tadi sempat pergi paparich..

however makanan yang aku order telah diselesaikan oleh lia..
alah macam tak best je order dua benda yang sama kan..
so aku terpaksalah order yang lain..
adehh..


hidangan yang aku nak order pada awalnya.. adehh..

end up disettlekan oleh makhluk tuhan yang comel ni.. awww.. i meant.. iskkhh!!

after that sempat pergi taman untuk seketika..
tengok pokok-pokok..
kanak-kanak lari-larian..
orang main layang-layang..
tu pun dalam kereta je..
since lia tak larat sangat nak berjalan..
seronok gak petang-petang ni tengok ragam orang yang macam-macam..
kalau dah ada anak ni.. 
musti best buat jadi wingman kat taman yang ramai umat manusia ni..
adehh..

lepak di sebalik sangkar untuk elak kene rembat dengan bola.. adehh..

lia yang tak bermaya.. hehehe..

i just think this is kinda cute to share.. something yang kitorang nampak kat taman tadi.. hehehe :)

p/s: 
aku dah post banyak gambar ni jangan komen macam-macam aaa..

Sekian.

Saturday, 22 February 2014

The Saturday 2

dikala nyenyak tidur..
keheningan pagi ini telah diganggu oleh panggilan cousin..
yang tak sudah-sudah menyusahkan aku di kala waktu kesusahan..
macam-macam la yang seorang ni..
nasib baik aku yang baik hati ni tak kesah sangat..
dan malam ni kene pergi pickup dia untuk pegi KLIA pulakk..
dah la malam ni ada bola..
adehh..


dah tu..
elok nak sambung tidur..
teringat nak kene pergi servis kereta isteri pulok..
bengkel pulak bukak halfday je hari ni..
nak tak nak..
tak boleh tidur dah ni..
sayang punya pasal..
aku pun segera settlekan perkara remeh yang menggunakan duit ni..
adehh..

takkan la servis je.. musti la basuh kereta pulok pastuhh. adehh..!

dah segar-segar after settle tu..
takkan la nak tidur balik..
nak keluar..
lia malas tak sihat..
last-last melayan marathon star wars aku sorang-sorang je nih..
sampai part tengah melayan episod 4 and 5 tu..
aku baru perasaan yang nama anak darth vader..
luke and leia..
coincident..?

nope..
i dont think so..
hahhha..

marathon sampai lebam!

*ke KLIA tonight! damn!

Sekian.




Friday, 21 February 2014

The Friday 2.

seriusly hari ni berlalu dengan cepat sangat..
since kerja banyak sangat..
iye..
semua orang pun banyak kerja..
no point berdebat kerja siapa lagi banyak..
tak kesah la..
doktor ke..
lecturer ke..
engineer ke..
yang penting keikhlasan..
baru keberkatan itu akan hadir..

and finally weekend arrived!
hope it will be fun..
huhu..
sian lia tak sihat..
kene tidur awal..

Sekian.

Thursday, 20 February 2014

The BSN Pin.

akhirnya setelah selama ini..
cakap gebang..
sembang kencang..
cakap kosong..
sembang lebat..
kitorang berjaya gak membeli BSN Pin untuk sambung Masters in IT..
plus hari ni gak merupakan hari akhir pembelian..
harap-harap berjaya la hendaknya..


cehh..
baru beli pin je pun..
kecoh..

adeh.. 

geleng pale aku bila pikir balik aku pergi beli benda ni..
time belajar dulu tak pernah pulak nak pasang azam sambung belajar ni..
ni kalau coursemate aku tau ni..
belajar tak pernah nak rajin pun..
adeh..


arwah wan dulu pernah pesan kat kitorang..
kalau boleh kita kene lah sentiasa lebih daripada parents kita..
lebih-lebih lagi dalam pelajaran..


p/s:
buat anak-anakku..
jangan risau..
aku takkan sambung belajar sampai PHD.. hahaha..


*thank hanis sebab selalu tolong updatekan kitorang pasal benda ni..

Sekian.

The 12th Week.

12 minggu telah pun berlalu..
semalam sempat pegi check-up kat klinik swasta je..
since bakal parent ni tak reti-reti nak bangun awal..
dan malas gile nak tunggu giliran kat klinik kesihatan..


semalam sempat gak dia scan seround..
tapi nasib baik dia tak cas..
sebab takleh nak buat accurate measure budak tu kot..
nampak besar gila kot dia semalam dalam skrin..
even perut lia pun tak nampak berapa nak besar je..
siap nampak gerak-gerak lagi..
comel gila oii..!!!


by the way..
aku baru dapat tau semalam yang kakak aku pun dah start nak mengandung semula..
best sangat ni..

lia punya kakak ETA awal bulan 5..
kakak aku punya ETA dalam bulan 10..
either way pun dia akan ada rakan sebaya..

ada la juga rakan sebaya dia nak pengaruh bila dah besar nanti..

rakan sebaya kunun..
puii..
politik keluarga je semua ni..
hahaha..

p/s: 
camne tah aku boleh lupa nak update post semalam..
lalai main ps la ni..
adeh..

Sekian.

Tuesday, 18 February 2014

Guess Whos Back.

adeh sakit belakang aku buat kerja-kerja ofis ni..
makin lama makin banyak pulak kerja..

perlukan tidur secukupnya..
malam ni..

...

UEFA Champions League yawww!!!!!

wehuuuu!!

Monday, 17 February 2014

The Monday

same old routine at the office today..
since boss dah kembali dari penang..

and again pagi-pagi lagi tidur telah diganggu oleh call emergency dari abah..
and sms misteri..
ewah..

kalau betul sms ni..
rasa cam nak beli komputer sebijik..
and sambung master je..
tapi apa-apa takleh sentiasa berharap..
usaha, doa dan tawakal tuh yanv penting..
adehh..

*banyaknya kerja nak kene prepare untuk next week UAT..
*stress*

Sekian.

Sunday, 16 February 2014

The Nilai.

hari ni kitaworang starting sangat awal..
which is jam 7 at rumah mayam kat nilai..
owh tak laratnyee la nak bangun awal ni..
anyway quite okay gak rumah mayam..
since ada playground betul-betul kat depan rumah tuh..



buhsan je muka anak sedara aku ni main kat playground.. adeh..


apa la yang seronok sangat pakcik and makcik kau main kat playground tuh.. *geleng kepala

then ke alamanda untuk main boling..

but then bersepah gila 'pemuda pas' main kat situ..
(aku just assume based on tshirt yang diorang pakai je)..

so cam malas gila nak main..
and end up tengok wayang satu family..
owh..
robocop!


best gila robocop..
siap tersenguk-senguk dalam wayang..
abah lagi siap berdengkur..
aku tak boleh la tengok wayang ni..
setiap kali tengok aku pasti akan tewas..
biarla orang kata cerita ni worth tengok wayang sekalipun..
nantila tulis post pasal wayang..
adeh..


seterusnya diakhiri dengan makan malam dengan che lia..
eventho makan malam bukan la waktu malam pun..
which is pukul 530 petang..
tapi emm..
yelah tak elok kan makan malam sangat..
and so makan malamnya adalah urat keting yang mana 1st time rasa ni..
aku tak sure rasa sebenar sup tu patutnya sedap or tak..
tapi kedai tu memang sediakan sajian yang rasa agak mengecawakan..
dan ini secara tak langsung telah buat kan kami bagi persepsi yang sangat tak best kat urat keting..
aku salahkan orang yang sajikan tuh jelah..

sorry..
huhuhu..

owh..

by the way..
happy besday kepada encik valentino rossi..
which is today la kan kalau tak silap..

dengan ucapan..
jaga diri anda sepanjang merempit..
jangan merempit sambil main whatsapp..
(since now semua orang pun nak main whatsapp)..
adeh..


*beratnya mata. esok kerja. yeay!


Sekian.


Saturday, 15 February 2014

The Saturdayyy.

sabtu seperti biasa menjanjikan kami lewat untuk bangun dari tidur..
ahhh..
penat kot lately ni bangun awal and tidur lewat studi untuk exam..
cewahh..
hahaha..
wajib qadaa balik masa tidur..


since macam dah lama gila kot tak makan mahal sket..
aku dan lia yang eventho miskin bandar ni pun tak nak kalah dalam bab menempiaskan nafsu kat tempat-tempat mahal sket..

rasa macam kampung gila bila dah bertahun duduk kat bandar..
tapi bila time order..
berjam gakla termenung pikirkan apa yang nak order..
hahaha..


lia buat muka cute..

asal bila aku nak buat cute musti nampak macam bangang..? yekks!

and petang tadi menyaksikan pembelian tanah secara beramai-ramai untuk kawasan Jenderam Hilir kat rumah parents..
beli tanah tiba-tiba ni yang tak cool ni..
tapi sebagai anak yang taat..
aku relakan jelah pembelian ni..
adehla..
pening palo den..

malas nak pikir sangat la..

*tolong la bagi peluang untuk orang miskin cam aku untuk bergambar dengan makanan.. 
hahahaha~

Sekian.



Friday, 14 February 2014

The ITIL Foundation - Exam Day

Finally..
exam pun berakhir..
performance review dah siap..
but again..

semua plan tak jadi..
this sucks..


valentine..?
heh..
stupid..


Sekian.

Thursday, 13 February 2014

The ITIL Foundation - Day 2

kelas diteruskan lagi untuk hari kedua..
semangat kot harini..
siap bangun awal..
lagi datang awal kot harini..
haaa...


tapi momentum tu kekal untuk sejam yang pertama jelah..
dan aku rasa aku dah tau dah perasaan ni perasaan apa..
dia seolah-olah sama macam zaman belajar dulu..
sama macam time tiap-tiap awal sem dulu..

semangat gilaa nak gi kelas awal- awal sem..
and then masuk minggu kedua..
terus hampeh malas je..


tak sangka perasaan macam ni pun boleh muncul semula..

macam mana la agaknya nak sambung belajar ke higher level kalau camni punya perangai..
ahahahamboih..

tapi apa-apa pun..
cita-cita kena lah tinggi..
orang kata aim for the star!

jadi untuk capai cita-cita ni..

perlu lah ada moral.. 
supaya dapat kembalikan semangat yang hilang ini..
ewah..
Semangat yang hilang... *nyanyikan..

*bila saya refer pada moral, kamu tahu kan saya sedang refer pada kamu, lia.. uuuu~


mari sambung buat  toyol  latihan!.. yeahh!!

Sekian.

Wednesday, 12 February 2014

The ITIL Foundation - Day 1

sesungguhnya hari ni adalah hari yang paling lapang buat aku bila kene masuk kelas untuk attend ITIL Foundation..
kalau tak tuh serabut je dengan UAT dan Work Order..
ahhh..
tenang je..
aku rasa..
ini adalah satu petanda yang baik dan probably a turning point untuk aku sambung belajar ni..
hahaha..


malam ni nak kene start studi balik ni..
prepare untuk jadi student balik..
tapi bila dipikirkan balik..
dulu time aku belajar..
aku buat nota untuk toyol jek..
tapi bila difikirkan apa gune toyol certified tapi tak apply bende-bende gini..
adehh..


dan probably going to be a fun thing since lia pun join program ni..
at first tu stress gak bila boss sign up the whole team kitorang untuk benda ni dengan notice last minute..
tapi nasib baik semua dah settle semalam..
so rasa tenang je hari ni..


yeahh..
mari start ulangkaji pelajaran semula..!!


Sekian.

Tuesday, 11 February 2014

The Kembali Ke Ofis.

agak kekok juga bila lately ni pegi ofis dan lia musti follow..
dan hari ni dia tak larat nak pi..

and so aku wakilkan dia untuk ke ofis..
kot-kot ada benda yang dah miss since earlier dah apply cuti beberapa hari untuk balik kawen last week..

sian gak aku dengan lia yang dah start buat-buat lemah tak bermaya ni..
maka aku pun balik awal time lunch untuk menjenguk isteri yang seorang ini..
nasib baik la jugak boss tak mai..
dan nasib baik jugak la ada ofismate yang memahami keadaan lia yang tengah tak berapa nak sihat ni..


sejujurnya perasaan rindu ni sentiasa ada walaupun berjauhan untuk seketika..
dan aku percaya ini juga membuatkan rasa sayang itu bertambah dari setiap saat..
yeekkj...
apa aku tulis ni..
macam-macam kerenah kau ye lia..
nanti aku demam tengokla aku buat-buat lembik dengan kau..
hahaha.. :)


Sekian.

Monday, 10 February 2014

The Dah Sampai Rumah.

aku benci betul kalau plan tukar-tukar ni..
daripada pukul 12 tghari cakap nak balik..
then tukar pas zohor..
then pukul 2..
pukul 3..
last-last pukul 5..
tak rasa bersalah apa pun ni..

adeh..
dah tu..
salam tak..
apa pun tak..
last-last sampai terus membongkang..

respect la sket..

kalau camtu aku boleh tukar plan bila-bila masa aku nak..
haa..

post bagi garang sket kali ni..

owh..
Alhamdulillah..
sampai pukul 10 kat rumah..
tidur dah mak buyong tuhh :)

*selamat malam

Sekian.

Sunday, 9 February 2014

The Raining Sunday

harini semua family members lia dah pulang ke rumah masing-masing..
kecuali adik-adik lia dan abang dia sorang je yang bekerja di sini..


dan aku..
kebosanan gilaa..
since kami balik hari isnin..

adeh..

*setelah sekian lama berpanasan akhirnya hujan turun semula di sini..
Alhamdulillah..


Sekian.

Saturday, 8 February 2014

The Wedding Day - Kuantan

syukur...
alhamdulillah..
akhirnya kenduri sebelah pihak perempuan..
selamat dijalankan..


tapi apa-apa pun aku still rasa agak malu dan segan..
sebab tak dapat nak bersalaman dengan semua tetamu..
mana taknya..
banyak spent time dengan photographer yang muka dan fizikal ala-ala sheikh haikal..


this photographer is so special..
well for me he is special..
bila dia buat kerja bersungguh dan pandai jaga hati client..
dengan joke dia..
dengan kata-kata motivation dia..
eventho mata dia nampak rabak gila..
after malam sebelum tu tidur lewat amik gambar untuk game pahang and JDT..


best gak after outdoor tadi..
aku tak payah basuh periuk..
bapak mertua soh menantu yang lain basuhkan..
ini memang epic gila..
tak pueh hati depa..
hahaha..


aku takde gambar family lia penuh.. kalau ada nescaya aku akan post.. raya perhaps :)

owh by the way tadi..
rombongan family aku yang datang adalah adik beradik aku sendiri..
which is 2 kereta je
aku tak rasa kecik ati pun..
since yang datang adalah yang paling rapat dengan aku..
itu dah cukup memadai sangat..
feeling blessed today.. :)


*happy birthday buat ibu mertuaku 08022014.

Sekian.

Friday, 7 February 2014

The Rewang.

mana ada dalam satu majlis kenduri sebelah perempuan / laki yang sebelum majlis dijalankan..
pengantin laki dan perempuan ada dalam satu rumah buat persiapan untuk rewang..


aku orang bandar kot..
rewang ni biasanya kat kampung-kampung je..
tu pun certain kampung / felda je..
orang sekarang main catering je kot..

but still..
nothing is wrong dengan catering..
cume ini adalah first time aku buat rewang and dengan orang yang completely aku tak kenal..
which is kinda cool..
dari kalangan jiran-jiran dan sanak saudara lia..
hingaq abess aihh..


siap dengan lapah daging lagi kot..
but again apa ada hal..
kita buat sama-sama..
kerja siap sama-sama..


baju crew raikan cinta yawww!

dan yang paling cool sekali aku rasa..
siap crew rewang buat tshirt tu yang tak boleh blah..
rasa segan gak dengan baju nama terpampang..
tapi bila tengok balik cam..
woooww..
hahaha..



Sekian.



Thursday, 6 February 2014

The 2nd Monthsary.

yup..
semalam semua kerja siap..
setelah 2 hari berhempas pulas..


tepat pukul 11 malam terus bertolak balik kuantan..
seperti yang telah dijanjikan..

sepanjang perjalanan..
kosong..
sunyi..
sepi..
hanya garis-garis jalan..
dan cahaya lampu pantulan sepanjang jalan..
yang menemani..
perjalanan pulang..


lia sudah lama tidur..
rasa bersalah plak nak kacau tidur lia since dia dah tertunggu lama nak balik tadi..
adeh..
mata semakin berat..
pandangan semakin pudar..


.................................................................

tepat pukul 12 tengahhari..
baru terjaga dari tidur..
melampau-lampau gak terkolaps aku ni kat rumah mertua..
adehh..
segan jekk..
hahaha..


kad nikah dah siap.. wuhhuu!

Sekian.


Wednesday, 5 February 2014

Busy Busy.

busy benor aku ni..
penatnye..
adeh..
adeh..
semalam dekat pkl230 gak test routing sehinggakan berjaya sket ni..
ni pun byk lagi tak settle ni..
cane nak cuti ni..
hmm..
harap boleh la settle segera..
sian lia tak sabar nak balik sg isap..
harap-harapnya kerja lia tu pon takde problem and work smoothlyyy..

Sekian.

Tuesday, 4 February 2014

Kerja Kerja.

setiap kali balik kerja je banyak kerja da tersusun..
stress..
adeh..
kene banyak bersabar..
dan pandai cari kesalahan bisnes untuk cari masa lebih..
sorry lia sebab tak cukup masa bersama..

Sekian.

Monday, 3 February 2014

The Medical Checkup

today is not about lia's checkup..
arini kene bawak umar gi checkup untuk masuk SBP - KISAS..
umar adalah adik aku yang paling taat dengan parent dan family..
no wonder dia sangat pandai dan mudah menerima pelajaran..

the medical checkup take place at azzahra..

serius lama gilee tunggu..
dia jadi tak syiiookk pasal itu adalah hospital swasta..
kalau tak apa bezanya dengan goverment punya..
aku tak kesah kalau lambat sebab ramai patient..
tapi kalau lambat sebab doc takde or rehat lama sangat ke..
tak cantik la ini macam..


lepas 2 jam menunggu suddenly tiba-tiba rasa cam nak tanya orang jaga kaunter pasai lama sangat menunggu..
alih-alih dia cakap giliran kene tunggu lagi 2 jam..
adehhla..
terkejutla jugak..
but then nak marah pun no point..
orang yang takleh nak bersabar ni bunyi macam mengelabah gile kot..
makcik pakcik yang tak sihat kat situ steady je..
better balik makan and solat dulu kat rumah..
untung-untung selesa sket boleh baring..
tu pun nasib baik rumah dekat je..
hehehe..


*japg pas asar la pegi sana balik.. tidur jap kat rumah.. penat seharian berkampung di sana.. cewah!

Sekian.

Sunday, 2 February 2014

The Sex.

orang kata biasanya budak-budak dalam lingkungan 1-2 tahun or even more ada ability to see things yang orang dewasa or yang lain-lain pun tak mampu nak melihat dengan mata kasar..
tu yang ada ketika ada budak akan menanges secara suddenly bila masuk rumah..
tersenyum tiba-tiba even takde orang yang main cak cak dengan dia..
and also includes mengesan ibu yang mengandung even time tu perot dia kecik lagi..
plus even jantina pada peringkat awal pun dia bole tahu..


and so anak sedara aku yang sorang ni, muhlis suka gak main dengan lia everytime kitorang work from home (wfh)..
kalau kitorang buat-buat cam acah-acah peluk..
musti dia akan tolak / pisahkan ktorang as if macam jeles-jeles gituh..
aku syak dia seronok kat lia ni maybe sebab dalam tu dia nampak perempuan kut..
cam tu lah kan kepercayaan orang..

kalau budak laki suka, maybe tandanya perempuan..
dan sebaliknya kalau perempuan suka, then lelaki..


muhlis yang suke buat mukaa comel.. kononnyee.. hehehe

but then anak amir yang haliuss, amirah tu pun suka gak main dengan lia..
sampai nanges-nanges soh lia angkat tak mahu kat parent sendiri..
so aku syak amirah nampak lelaki la ni..


this makes me want to conclude that i'll probably going to have a boy and a girl..
yeeaayy for twins again..
i am so damn genius..
hahahaa...

selamat tahun baru cina.. *tiba-tiba

but again this is just something fun that i found interesting to share with..
boleh jadi jugak budak-budak ni suka kat lia sebab diorang nampak ada 'kawan' kat situ..
kepercayaan ini semua tidak semestinya betul dan tepat..
apa-apa pun, yang lebih mengetahui adalah Allah SWT..
kita terima sahaja dengan redha di atas apa-apa sahaja pemberian yang telah dikurnia kepada kita..
wallahualam..


Sekian.

Saturday, 1 February 2014

Kenduri Rumah Warisan.

so harini telah menyaksikan doa selamat dan tahlil sempena baru masuk rumah baru..
previous rumah telah dirobohkan and i am not sure why exactly..
maybe sebab dulu rumah adalah dua tingkat dan tok pun dah takde kudrat untuk nak naik atas dan kemas-kemas rasanya..
and so they built a new one yang satu tingkat but a lot higher from ground level than before..

serius memang panas terikk sungguh kat utara la ni..
berpinar-pinar mata ni aihh..
sampai ngantuk gila naa..
kene pulak hidangan main adalah kibas / kambing biri-biri..
peehh..
owh ini pulak sempena akikah anak2 amir ni..
tapi apa-apa pun dah tak boleh makan banyak da la ni..
jaga body kott..

serius sakit leher kot now..
tak sure sebab smalam salah tidur ke..
ok copp..
asal aku da start mengadu kat sini..
adehh..


penulis dengan muhsin berbaju melayu warna yang sama.. and lia too.. where is lia?

Sekian.